• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis: Pusat Banjir Diurus Pihak Berkuasa

oleh Ahmad Albab
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pusat pemindahan banjir diuruskan pihak berkuasa dan tidak membiarkan pihak luar campur tangan menguruskannya.

Baginda juga menyaran agar mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan yang diiktiraf oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Selain itu baginda meminta agar mangsa banjir mematuhi arahan pihak berwajib selain menjaga keharmonian dan sensitiviti dan bertanggungjawab memelihara peralatan di pusat pemindahan.

“Oleh kerana pusat pemindahan selalunya berupa premis sekolah, beta mahu segala peraturan seperti larangan merokok sentiasa dipatuhi,” titah baginda semasa meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bintong di sini semalam.

Pada masa sama baginda meminta rakyat agar bersabar dalam menghadapi bencana banjir.

“Kita harus mengambil iktibar untuk muhasabah diri, menilai, mengkaji dan membuat bedah-siasat punca bencana ini yang berulang beberapa kali sejak tahun 2010,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta pihak yang membantu dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

Baginda berharap maklumat berkaitan banjir yang diberikan khusus oleh Jabatan Meteorologi disiarkan melalui radio dan televisyen selain media sosial agar rakyat dapat membuat persiapan awal. – BERNAMA

Tags: Pusat BanjirRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd