• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertumbuhan Malaysia Di Landasan Yang Tepat

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat sebagaimana dipaparkan unjuran terbaharu Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa yang menyemak naik pertumbuhan negara ini daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, laporan itu menyenaraikan Malaysia dan Hong Kong sebagai dua negara yang memaparkan kejutan dari segi pertumbuhan paling ketara di Asia.

Bagi Hong Kong, ADB turut menyemak naik unjuran tahun ini daripada 2.0 peratus kepada 3.2 peratus.

“Oleh itu, janganlah percaya kepada cakap-cakap segelintir pihak yang sanggup menjejaskan negara sendiri demi mencapai matlamat politik mereka. Buktinya sudah cukup jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bukti lain bahawa Malaysia berada di landasan tepat itu juga boleh dilihat menerusi fakta yang menunjukkan negara ini turut dialu-alukan sebagai rakan dagang di serata dunia.

“Mereka semua mahu menjalankan perniagaan dengan kita dan mengukuhkan hubungan persahabatan yang memberi manfaat bersama. Ini kerana mereka sedia maklum mengenai fakta yang menyokong kenyataan Bank Dunia mengenai kita,” katanya.

Perdana Menteri turut memetik kenyataan Bank Dunia mengenai perkembangan ekonomi Malaysia yang disifatkan sebagai kukuh.

Namun kata beliau, masih ada pihak tertentu yang terus melemparkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap.

Tegas Najib, dakwaan itu bercanggah dengan laporan terkini PricewaterhouseCooper’s (PwC) mengenai dunia pada 2050 yang mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di kedudukan ke-24 dalam senarai teratas global dari segi pariti kuasa pembelian.

“Itu adalah unjuran mereka dan firma perakaunan seperti PwC lazimnya amat teliti apabila membuat ulasan mengenai keadaan pada masa depan,” katanya.

Perdana Menteri turut menyuarakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih tinggi dengan bersandarkan kepada usaha kerajaan serta kegigihan rakyat negara ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan. Pemimpin DAP...

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd