Kira-kira 400 orang penduduk sekitar Temerloh yang mendiami kawasan berdekatan Sungai Pahang terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ira selepas rumah mereka dinaiki air sejak seminggu lalu.
Di sekolah berkenaan, mereka kemudian terpaksa berpindah ke bahagian tingkat atas bangunan baru kerana tingkat bawah di bangunan lama juga dinaiki air sehingga ke paras lutut.
Seorang penduduk dari kampung berkenaan yang enggan namanya didedahkan menghantar beberapa keping gambar keadaan banjir di sekitar kawasan kediaman mereka yang dinaiki air sehingga ke tingkat atas.
MENARIK – Mangsa Banjir Cecah 49,369 Di Pahang, Temerloh Paling Ramai

Kini mereka selamat berada di pusat pemindahan di sekolah berkenaan selepas dipindahkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sementara menunggu air surut.
Bayangkanlah bagaimana susah payahnya penduduk di sini untuk membersihkan rumah apabila air telah surut nanti.
Semalam, Mynewshub.cc ada membuat laporan berkenaan keadaan selepas banjir di Kuala Krai, Kelantan yang mana keadaannya mirip seperti kawasan itu baru lepas dilanda ombak Tsunami yang besar.
Pastinya tempoh pemulihan dan pembersihan kawasan banjir ini memerlukan kesabaran serta menuntut ketabahan yang kuat dalam diri mereka untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Apapun kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus memberikan bantuan sebolehnya kepada mangsa banjir diberikan ucapan tahniah dan syabas. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K | Foto : MYNEWSHUB.CC
Video Sangkar Ikan Sungai Pahang Hanyut Dibawa Arus
http://youtu.be/4RGQnqeZrDg



