• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Bomba Turut Berdepan Cabaran Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Banjir besar melanda Kelantan kali ini jelas memberi pengalaman baharu dan cabaran buat beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugas menyelamatkan mangsa banjir.

Menceritakan pengalaman sepanjang operasi menyelamat mangsa banjir, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zin berkata ada satu ketika beliau terpaksa berdepan dengan orang kampung yang dicengkam emosi selepas pihaknya lewat tiba untuk memberi bantuan.

“Memang ia pengalaman baharu, saya dan anggota bomba lain ditegur orang kampung kerana kami lewat tiba.

“Mereka tidak tahu sebelum itu kami perlu menyelamatkan 300 orang di kawasan lebih kritikal berikutan air naik secara mendadak,” katanya kepada Bernama.

Rakan sekerjanya, Wan Asri Wan Yaacob, berkata pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika bot dinaikinya ditolak arus deras sehingga terbabas daripada destinasi yang dituju pada Jumaat lalu.

“Ketika itu kami sedang membantu penduduk di Kampung Mata di Machang, namun keadaan air yang sangat deras menyebabkan bot yang saya naiki terbabas ke seberang sungai hingga ke Kampung Kursial, Tanah Merah,” katanya.

Menurutnya, bot yang dinaiki bersama tiga rakan setugas dan tiga mangsa banjir terkandas dan terputus hubungan dengan anggota penyelamat lain.

“Selama berada di situ, saya terpaksa menahan lapar kerana bekalan makanan yang ada di atas bot diberikan kepada penduduk yang berada bersama-sama kami,” kata Wan Asri.

Beliau turut melalui situasi terpaksa tidur di tepi jalan sambil menahan kesejukan kerana tiada tempat lain untuk berteduh. – BERNAMA

Tags: BanjirBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd