• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Kepada 1,888

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di negeri ini menurun kepada 1,888 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,746 orang tengah hari tadi berikutan air semakin surut dengan tiga pusat penempatan di Kubang Pasu ditutup.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ia melibatkan 527 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan.

Di Kubang Pasu dan Pendang, masing-masing hanya satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama yang menempatkan 54 orang dan Pusat Rakan Sukan Tanah Merah yang menempatkan 280 mangsa.

Di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar yang menempatkan 334 orang, SK Seri Gunung (151 orang), SK Alor Mengkudu (117 orang), Dewan Taman Sri Bagan (95 orang) dan Surau Pondok Kepala Bukit (88 orang).

Di Kepala Batas ialah Surau Assyakirin (75 orang), Masjid Kampung Lengkuas (46 orang), SK Bukit Pinang (40 orang), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32 orang), SK Suka Menanti (26 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13 orang), dan SK Taman Aman (sembilan orang).

Di Pokok Sena ialah SK Bukit Hijau (430 orang) Dewan Kampung Permatang Limau (35 orang), Dewan Lubuk Keriang (35 orang) dan Dewan Kampung Empa (16 orang).

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca baik sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air di sungai-sungai utama di kawasan Muda mulai surut dan berada di bawah paras bahaya kecuali Sungai Pendang yang masih berada di paras bahaya iaitu 2.73 meter.

“Pelubang barrage yang melepaskan air ke Sungai Bukit Pinang/Sungai Anak Bukit telah ditutup jam 2 petang tadi mempercepatkan penurunan paras air di sungai tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya pembuangan air ke laut melalui pintu kawalan pasang surut berjalan lancar dan berterusan 24 jam tanpa gangguan.

Sementara itu paras air di tiga empangan utama di bawah MADA adalah baik dengan Empangan Pedu (79.5 peratus), empangan Ahning (77.2 peratus) dan empangan Muda (88.8 peratus). – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd