• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Pusat Pemindahan Banjir Di Perlis Ditutup

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Keadaan banjir di Perlis semakin pulih dengan lebih ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini, menyaksikan 16 pusat pemindahan ditutup setakat 4 petang ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis, kini hanya sembilan pusat pemindahan masih dibuka iaitu enam dalam Parlimen Kangar menempatkan 1,170 orang daripada 322 keluarga dan tiga dalam Parlimen Arau membabitkan 142 orang daripada 43 keluarga.

”Antara pusat pemindahan di Kangar ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong yang menempatkan 127 keluarga membabitkan 434 orang; SK Panggau (126 keluarga membabitkan 483 mangsa) dan SK Sri Perlis (40 keluarga membabitkan129 mangsa.

“Di Arau pula, di SK Kampung Serdang menempatkan tiga keluarga membabitkan 13 orang; SK Long Boh (22 keluarga membabitkan 79 orang) dan Dewan Orang Ramai Padang Petani (18 keluarga membabitkan 50 orang),” menurut kenyataan itu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Abdul Najib Abdullah yang dihubungi Bernama berkata paras air Empangan Timah Tasoh telah susut ke paras berjaga-jaga 29.60 meter daripada 29.98 meter.

“Pihak kami akan terus melepaskan air sehingga paras 29.20 atau 29.00. Jika hujan, kita akan lepaskan air sehingga 29.00. Pelepasan air ini tidak menyebabkan banjir kilat.” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd