• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung ‘Berumah’ Di RSA Temerloh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan – Atas dasar kemanusiaan, Lembaga Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membenarkan penduduk berhampiran yang terjejas banjir mendapatkan perlindungan sementara di kawasan rehat dan rawat (RSA) Temerloh.

Menurut kenyataan Anih Berhad, pengendali lebuh raya berkenaan, setakat ini dianggarkan 50 penduduk telah berpindah ke situ sejak petang tadi dan menggunakan kemudahan RSA seperti surau dan tandas.

“Penyelengaraan RSA Temerloh masih diteruskan untuk kemudahan penduduk tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, tiada perubahan terhadap keadaan banjir di Kilometer 126 lebuh raya berkenaan, malam ini.

Hujan renyai serta paras air Sungai Pahang yang naik menyebabkan paras air di lokasi tersebut tidak berubah.

Menurut kenyataan itu, pemantauan juga dilakukan terhadap jalan di Kilometer 124 berikutan air yang naik di kawasan tersebut.

“LPT berterima kasih kepada pengguna lebuh raya yang membuat panggilan kepada kami sebelum merancang perjalanan mereka ke Pantai Timur,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WZdx-R4Q3zI

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd