• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Tak Boleh Minum? Orang Jepun Tetap Maju”

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja nama Siti Kasim, pasti anda kenal dengan pe’el peguam kontroversi itu yang sering mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran mengeluarkan kenyataan ‘kurang cerdik’ mengenai ajaran Islam.

Wanita ini yang sering dikaitkan dengan Pakatan Harapan memang lantang menyuarakan isu-isu yang bertentangan dengan agama seperti hak LGBT dan isu-isu berkaitan ketuhanan.

Terbaharu menerusi laman Facebooknya, aktivis liberal itu sekali lagi menerima kecaman selepas memuat naik kenyataan kurang bijaknya mengenai hukum meminum arak.

Siti sewaktu lawatannya ke sebuah kawasan yang menempatkan ratusan tong arak di Shibuya, Tokyo, beranggapan rakyat tempatan di sana begitu produktif biarpun alkohol tidak diharamkan.

“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa paling produktif di dunia.

“Ini semua hanyalah kawalan diri dan bukannya mengenai moral seseorang kepada individu lain.

“Ajarlah orang ramai mengenai hormat dan pemahaman sejagat mengenai hak dan salah, maka anda akan mempunyai negara produktif,” katanya.

Kenyataan wanita ‘cerdik’ ini seakan perlian gara-gara pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017” oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Pendirian wanita ini seterusnya menerima kecaman hebat daripada netizen yang kebanyakkanya beranggapan dia sudah hilang pedoman dan tidak kurang juga melabelkannya sebagai ‘wanita neraka’.

“Kurang didikan agama yang betul ini lah jadinya. Tak pun terlebih pandai nak melawan hukum Allah SWT.

“Bukan sahaja arak malah babi pun mereka makan dan mereka pun maju. Allah lebih mengetahui apa yang diperintahkan,” tulis Nursyakila Rahman.

Manakala pengguna akaun Facebook bernama Don Haikal pula menulis;

“Bila orang yang kononnya berpendidikan bersuara, walaupun nampak bijak tapi statement bodoh.

“Kalau kau bukan non-muslim, kau nak melantak arak berapa ribu juta tin pun kau melantaklah, tiada siapa nak marah tetapi tahu tak kenapa dalam Quran Allah melarang umat Islam meminumnya? Sebab kesannya amat buruk.”

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir netizen dilihat menyokong pendirian wanita ini dan apa yang lebih menyedihkan, rata-rata mereka beragama Islam.

“Alaa waktu ibu saya nak lahirkan adik bongsu, arwah papa belikan arak untuk ibu saya, kecohlah diorang-diorang yang otak sempit ni,” tulis Ains Abismail.

“Menurut hadis, di dalam syurga ada mengalir sebatang sungai yang dipenuhi dengan arak di mana seluruh penghuni dibenarkan untuk minum.

“Persoalan saya mengapa di dunia ketika ini tidak dibenarkan untuk minum arak? Yam Seng all the time!“ kata Wan Zaharian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: arakhina islamsiti kasim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd