• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Rampas Dadah, Pil Khayal RM3.4 Juta

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 11 kilogram serta 993 pil ekstasi dibungkus dalam beberapa bungkusan teh Cina, yang dianggar bernilai RM3.4 juta, selepas menyerbu sebuah rumah di Stutong di sini Khamis lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata ia merupakan rampasan dadah membabitkan nilai terbesar di Sarawak tahun ini.

Beliau berkata serbuan ke atas rumah yang dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Kontinjen Polis Sarawak (IPK) dan bahagian narkotik polis daerah Kuching hasil risikan sejak awal tahun lagi.

Katanya kedua-dua lelaki berumur sekitar 27 tahun itu ditahan selepas polis menemui paket-paket dadah di bilik tidur di tingkat atas rumah dan juga dalam akuarium lama yang ditempatkan dalam stor di tepi rumah berkenaan.

“Kedua-dua mereka direman sehingga 29 Sept ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,“ katanya dalam satu sidang media di IPK, di sini hari ini.

Dzuraidi berkata salah seorang daripada lelaki itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau yang berkaitan dengan dadah, dan polis masih sedang menyiasat sekiranya ada saki baki kumpulan pengedar dadah berkenaan.

Beliau berkata polis juga sedang menyiasat sekiranya dadah yang dibawa masuk dari luar negara itu adalah bagi tujuan diedar di pasaran tempatan, ataupun untuk tujuan dijual keluar negara.

Sementara itu satu kenyataan yang diedar kepada media menunjukkan polis Jabatan Siasatan Jenyah Sarawak menangani 1,453 kes sepanjang tahun lepas berkaitan kesalahan memiliki dan membekal dadah yang membabitkan 1,951 tangkapan.

Menurutnya dalam tempoh antara Januari sehingga kini pula jabatan itu menangani 1,301 kes berkaitan kesalahan memiliki dan membekal dadah yang membabitkan 1,702 tangkapan. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Mohd Dzuraidi Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd