• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Sari, Pengantin Baru Disiasat Pihak Berkuasa

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA pasangan pengantin ingin mengabadikan kenangan persandingan mereka sebagai memori terindah. Jadi tidak hairanlah jika ada kejadian yang pelik semasa persandingan seperti yang dilakukan pasangan ini.

Pengantin perempuannya yang juga seorang model telah mengenakan sari yang kainnya sepanjang 3.2 kilometer semasa majlis perkahwinan mereka di Colombo, Sri Lanka.

Khabarnya, itu merupakan sari terpanjang yang pernah dipakai oleh pengantin di Sri Lanka. Dengar-dengarnya majlis perkahwinan yang berlangsung Khamis lalu telah melibatkan ratusan pelajar sekolah kerajaan.

Seramai 250 murid sekolah telah berarak sambil memegang kain sari yang dipakai pengantin perempuan di laluan utama di Kandy untuk menjayakan misi pengantin yang ingin mencipta rekod dunia Guinness yang baharu.

Manakala 100 lagi pelajar sekolah berkenaan telah ditugaskan untuk menjadi flower girl pada majlis itu.

Khabarnya, kesemua murid berkenaan merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Alawathugoda. Ketua Menteri Wilayah, Sarath Ekanayake juga memeriahkan acara tersebut sebagai tetamu khas yang dijemput.

Namun, perbuatan pasangan pengantin ini mendapat tentangan daripada Pihak Berkuasa Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCPA). Menurut pengerusinya, Marini de Livera, pasangan ini akan disiasat dan mungkin dikenakan hukuman.

“Kami memandang serius perkara ini dan lebih penting lagi, tidak mahu ia menjadi satu ikutan.

“Perbuatan mereka menggugat hak kanak-kanak. Menghalang kanak-kanak daripada pembelajaran, meletakkan diri mereka dalam bahaya dan menggugat maruah mereka – semua itu perbuatan jenayah.

“Tindakan mengerahkan pelajar untuk majlis seumpama itu ketika waktu sekolah menyalahi undang-undang dan pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Kesatuan guru turut mengecam acara itu selain kempen media sosial diadakan secara besar-besaran memprotes pembabitan pelajar sekolah dalam acara tersebut.

Pengantin berkenaan dilaporkan menaiki sebuah trak untuk ke lokasi perarakan sebelum 250 kanak-kanak itu membantunya memegang kain sari tersebut. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: murid sekolahSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

23/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai...

‘Dia Bawa Lori Macam Mana Man, Itu Ayah Kau…’

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

25/03/2024
0

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd