Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Video: Warga Emas Dirompak,...

AMAT kurang ajar...Satu rakaman video memaparkan seorang warga emas dipukul dan dirompak beberapa...

Pemerdagangan Orang: Bolos Melalui...

KUALA LUMPUR - Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) akan memperluas kerjasama...

Wanita Maut Dirempuh Lori...

KLANG - Gara-gara kenderaan lain terbabas, seorang wanita terkorban selepas keretanya dirempuh sebuah...

Lepas Kemalangan, Kamal Dapat...

SELEPAS melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang tahun 2017 yang lalu, kini Kamal...

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

COLOMBO – Restoran makanan segera, McDonald’s ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu melancarkan tindakan perundangan terhadap pemegang francais tempatan atas dakwaan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mahkamah Tinggi Komersial Colombo mengarahkan restoran terbabit ditutup sehingga 4 April depan selepas syarikat induk menuduh pemegang francais tempatan gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa.

“Perintah dikeluarkan untuk penutupan berkenaan sementara menunggu siasatan,” kata seorang pegawai mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, peguam mewakili McDonald’s memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah menamatkan perjanjian francais dengan syarikat tempatan, Abans minggu lalu.

Pendengaran kes dijadualkan bersambung pada awal April depan. Setakat ini, McDonald’s atau Abans tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan.


Abans telah memegang francais membabitkan sebanyak 12 outlet McDonald’s sejak firma AS itu memasuki Sri Lanka pada 1998.

Sementara itu, kelihatan notis di luar outlet McDonald’s pada Ahad yang menyatakan restoran berkenaan ‘ditutup’ tanpa makluman jika atau bila ia akan beroperasi semula.

Minggu lalu, semua restoran McDonald’s di Sri Lanka dilaporkan tidak terjejas ketika berlaku masalah teknologi yang mengganggu tempahan di sebahagian besar Asia Timur.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori