• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Banjir: PFP Akan Saman Kerajaan Pulau Pinang

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bakal berdepan tindakan undang-undang daripada Penang Front Party (PFP) kerana didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk yang menjadi mangsa banjir, baru-baru ini.

Pengerusi PFP, Datuk Patrick Ooi berkata PFP sedang mengumpulkan maklumat daripada penduduk yang terjejas termasuk laporan polis dibuat oleh mangsa banjir.

“Kita akan serahkan laporan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jika tiada tindakan juga, kita akan ambil tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ooi diminta mengulas kejadian banjir yang berlaku di hampir 100 kawasan di negeri ini selepas hujan berterusan selama lebih empat jam pada 15 dan 21 Sept lalu.

Beliau berkata, mengikut Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah MKN, kerajaan negeri harus menubuhkan sebuah jawatankuasa bencana untuk menghadapi bencana banjir yang telah melanda lebih daripada dua daerah.

“Namun sehingga hari ini, tiada satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menangangi dan juga untuk meneliti bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri didakwa tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam menangani bencana alam itu meskipun banyak peruntukan yang telah disalurkan.

Ooi berkata, bantuan kewangan RM400 setiap keluarga mangsa yang diumumkan itu juga tidak mencukupi untuk menampung kos kerugian yang dialami mangsa.

Katanya, mengikut tinjauan PFP, kerosakan harta benda dan juga perabot rumah telah melebihi RM2,000 setiap keluarga.

“Saya menggesa kerajaan negeri berilah bantuan yang setimpal dengan kerugian yang dialami mangsa. Sekurang-kurangnya bantuan kewangan RM2,000 harus disalurkan kepada setiap mangsa banjir,” katanya.

Banjir pada September 15 dan Khamis lepas dikatakan berpunca daripada tempias Taufan Doksuri yang melanda Vietnam dan menyebabkan taburan hujan luar biasa. – BERNAMA

Tags: BanjirDAP Pulau PinangPFP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd