• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KEJAR Platform Terbaik SPRM Dekati Masyarakat

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu – Program Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) antara platform terbaik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendekati masyarakat.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Sabli, berkata melalui program turun padang itu, pihaknya dapat menyebar luas mesej antirasuah dan salah guna kuasa kepada masyarakat setempat.

“Program ini bukan sahaja dapat mendekatkan masyarakat kepada SPRM, tetapi ia dilihat mampu mendidik masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa kepada SPRM.

“Melalui program ini, kami harap masyarakat tidak lagi menggeruni SPRM, yang kami mahukan adalah ‘SPRM mesra rakyat, digeruni perasuah’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan KEJAR di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Mengenai program itu, Sazali berkata, konvoi diadakan dengan kerjasama Sabah Big Bikers Association (SBBA), membabitkan 45 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi berkenaan.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai persatuan dalam program berkaitan rasuah dan ini memperlihatkan komitmen dan kesungguhan persatuan itu membantu SPRM,” katanya.

Konvoi yang berlangsung sehari itu akan melalui beberapa daerah, iaitu Papar, Mambakut, Beaufort, Sipitang dan berakhir di Sindumin. – Bernama

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd