BARU-BARU ini kecoh seketika mengenai satu rakaman video Bigo yang tersebar mengaitkan pelakon dengan imej bertudung, Fathia Latiff.
Baca: Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen
Pada awalnya, Fathia dilihat menafikan wanita dalam rakaman tersebut konon adalah dirinya.
Bagaimanapun, akhirnya dia telah tampil dan mengaku sendiri bahawa wanita yang sedang ‘asyik’ menari sehingga menampakkan sebahagian buah dada dalam video tersebut adalah dirinya.

Juga: Fathia Akhirnya Mengaku Dirinya Dalam Video
Lagi: Fathia Nangis Di Insta Live, Dakwa Difitnah
Pengarah terkenal, Michael Ang baru-baru ini dilihat telah menegur Fathia berkaitan dengan kontroversi itu.
Michael yang terkejut dengan video tular berkenaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang agak sinis antaranya, “Masa berlakon tak nak pegang tangan, tapi menari tunjuk te***.”
Namun, semalam Fathia dikatakan telah muncul di set penggambaran Micheal. Kehadiran Fathia dikongsi oleh pengarah tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Ok jumpa makcik ni kat set! Ok dia dah mengaku dan rasa bersalah serta ingin memperbaiki diri! Kita maafkan dan berdoa kan untuk dia agar benda2 bodoh ni tak terjadi lagi! #staystrong #everyonemakemistake #atleastmengakudarilari @fatiyalatiff stay strong aje la dan jangan buat benda bodoh lagi,” kapsyen ditulis Michael menerusi posting tersebut.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 20,000 likes itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Di mana rata-rata antara netizen memberi komen yang murni dan mendoakan terbaik buat pelakon berkenaan.
“Manusia…ada ke yang tak buat silap? Lagi-lagi yang tengah merangkak nak berhijrah macam @fatiyalatiff. Memang banyak ujian. Lucky her sebab awal dah kena tegur olehNya.
“Thats mean dia masih diberi masa untuk bertaubat & berubah untuk jadi lebih baik. Doa yang baik-baik sempena maal hijrah ni… Semoga kita semua diberi kesempatan untukk bertaubat sebelum dimatikan. Amin,” komen mrs_gandalf.

“Semua orang buat silap… Moga-moga @fatiyalatiff istiqomah nak berubah jangan berkawan dengan kawan-kawan yang menyesatkan ye kakya✌,” ujar memeymuray.
“Everyone make mistake, tiada yang sempurna… DOA adalah yang terbaik… Janji jangan ulanginya lagi 🙂 ,” tulis tieqok_94.
Apa-apapun, diharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi lah ya dikkk… Fikir dulu baik dan buruk sebelum buat sesuatu… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura