• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Negeri Terjejas Menunjukkan Tanda-Tanda Surut

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dilaporkan beransur surut petang ini dengan kesemua mangsa banjir di Selangor telah dibenarkan pulang.

Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan daripada 151,072 orang pada sebelah pagi kepada 147,072 orang petang ini.

Ini dinyatakan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama.

Menurut portal banjir negeri Kelantan, setakat 5 petang, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard di Tanah Merah dan Tambatan Diraja di Kota Baharu selain Sungai Golok di Rantau Panjang surut sedikit namun masih melepasi paras bahaya.

Keadaan cuaca adalah mendung.

Di TERENGGANU, lebih ramai mangsa mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing berikutan cuaca bertambah baik dan air mulai surut.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kira-kira 570 mangsa terutama di Kemaman berbuat demikian.

Keseluruhan mangsa di Terengganu setakat ini berjumlah 32,210 orang berbanding 32,782 tengah hari tadi.

Pada masa sama, dua pusat pemindahan telah ditutup menjadikan 75 pusat yang masih beroperasi.

Di SELANGOR, semua 33 mangsa daripada sembilan keluarga di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai telah dibenarkan pulang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata pusat penempatan itu juga telah ditutup.

Di JOHOR, bilangan mangsa berkurangan kepada 175 orang daripada 50 keluarga berbanding 328 orang melibatkan 84 keluarga tengah hari tadi.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, 100 mangsa masih berada di dua pusat pemindahan di Batu Pahat, Segamat (44 mangsa/tiga pusat), Muar (18 mangsa/satu pusat) dan Kluang (13 mangsa/dua pusat).

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian terus menurun petang ini kepada 7,407 orang daripada 1,948 keluarga berbanding 7,540 daripada 1,984 keluarga tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuala Kangsar, Perak Tengah (19), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).

PAHANG bagaimanapun memperlihat jumlah mangsa kembali meningkat kepada 35,501 orang berbanding 33,225 orang di 234 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, dua pusat pemindahan banjir terakhir di daerah Rompin yang ditutup pagi tadi kembali dibuka bagi menempatkan 29 mangsa. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zLKKmdaPcps

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd