• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ditetak 10 Samseng Hingga Putus Tangan Di KL

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLAGAK persis kumpulan samseng, 10 suspek lelaki kini menjadi buruan pihak polis apabila mereka menetak tangan kanan seorang anggota polis hingga putus, awal pagi tadi.

Mangsa, 27 tahun merupakan seorang anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Insiden yang berlaku di sebuah kelab malam di Jalan Changkat Bukit Bintang ini dikatakan berpunca daripada dendam yang membabitkan mangsa sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu kumpulan tersebut menyerang mangsa kerana tidak berpuas hati terhadap insiden pergaduhan yang berlaku pada 24 Disember lalu di kawasan yang sama.

“Kira-kira 2.30 pagi 24 Disember lalu itu, mangsa dibantu beberapa pengawal keselamatan pusat hiburan berkenaan dilapor memukul seorang lelaki berusia 30-an selepas berlaku pertengkaran.

“Pergaduhan antara mereka tercetus apabila seorang lelaki yang menaiki motosikal melanggar kereta dinaiki anggota polis terbabit,” katanya.

Tambah sumber, selepas insiden dipukul itu, lelaki terbabit kembali berpakat membawa beberapa rakannya untuk ke premis berkenaan menyerang mangsa yang keseorangan pada pukul 2.50 pagi tadi.

Suspek berkenaan dikatakan membawa beberapa parang dan kayu bertujuan mencederakan mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa turut mengesahkan kes tersebut dan kini siasatan sedang dijalankan untuk memburu kesemua suspek.

Mangsa yang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan dalam keadaan kritikal.- MYNEWSHUB.CC

 

HAMPIR PUTUS TANGAN DITETAK PERAGUT
https://www.youtube.com/watch?v=kavVy1qCnG4

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd