• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Pukul Sebab Kutuk Makanan Tak Sedap

oleh
21/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki mengalami cedera parah akibat dipukul oleh sekumpulan samseng selepas isterinya meninggalkan komen negatif terhadap makanan di salah sebuah restoran melalui aplikasi online.

Menurut laporan sebuah portal, insiden itu bermula apabila seorang wanita, Yu dikatakan mempelawa rakan-rakannya untuk bermain mahjong di kelab mahjong miliknya.

Wanita itu kemudian memesan makanan di satu aplikasi penghantaran makanan sebagai sajian untuk menjamu mereka.

Malangnya, makanan yang dipesan tidak sedap dan tidak segar, yang membuatkan rakan-rakan wanita tersebut tidak menggemari makanan tersebut.

Keesokannya, Yu menulis komen negatif sebagai feedback terhadap restoran berkenaan dengan mendakwa makanan tersebut adalah sajian yang paling teruk dia pernah makan.

Tidak lama selepas itu, Yu memberitahu telah menerima satu panggilan telefon bertanya adakah dia yang meninggalkan komen berkenaan. Wanita itu mengakui bahawa komen tersebut sememangnya ditulis olehnya.

Pada malam yang sama, lebih daripada enam orang lelaki yang bersenjatakan kayu golf telah datang ke kelab mahjong dan bertindak mengancam Yu.

Dalam pada itu, Suami Yu yang dikatakan cuba membantu isterinya menemui malang apabila teruk dipukul di bahagian kepala dan badan sehingga tidak sedarkan diri.

Akibat mengalami kecederaan parah di kepala, suami Yu kini dirawat di unit rawatan rapi.

Sementara itu, polis memberitahu pemilik restoran berkenaan mengaku telah mengupah samseng untuk mengugut Yu kerana komen itu telah mengakibatkan perniagaannya kian merosot. – MYNEWSHUB.CC/Agensi/AmyMaizura

Tags: Chinakes pukulsamseng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd