• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Temui USD95,000 Milik Isteri Selepas 50 Tahun Berkahwin

oleh AK-47
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah disebalik cerita mengenai sepasang suami isteri yang dikongsikan melalui Facebook The San Fransisco Globe ini pasti membuatkan anda terharu dan lucu pada masa yang sama, jom ikutinya di bawah.

Seorang lelaki telah berkahwin selama 55 tahun dengan isterinya. Mereka dah sama-sama berjanji tiada rahsia antara mereka kecuali satu saja permintaan isterinya iaitu jangan sesekali buka kotak kasut yang disimpan didalam almari milik isterinya.

Sebagai suami yang baik, lelaki ini tak pernah terfikir untuk mengorek lebih lanjut tentang rahsia isterinya di dalam kotak tersebut. “Mesti perkara biasa je ni”, fikirnya.

Hari berganti hari, hinggalah satu hari isterinya terlantar sakit di hospital. Dengan suara yang lemah si isteri memanggil suaminya dan berkata : “Abang, sudah tiba masanya untuk abang tahu rahsia di dalam kotak kasut itu”.

Tanpa buang masa, si suami terus balik ke rumah dan mendapatkan kotak kasut tersebut. Rahsia isterinya selama ini akhirnya terbongkar! Didalam kotak kasut itu terdapat 2 patung yang dikait oleh isterinya dan wang tunai berjumlah USD95,000!

duit duit

Dengan penuh tanda tanya si suami bertanya kepada isterinya : “Kenapa patung ni pun nak jadi rahsia? Dan dari mana datangnya duit USD95,000 ni?”

Katanya isterinya : “Sebelum kita kawen, nenek saya ada berpesan rahsia sebuah perkahwinan yang bahagia adalah jangan sesekali bertengkar dengan pasangan kita. Setiap kali saya rasa marah pada abang, saya akan mengait patung-patung kecil ni hingga siap”.

Si suami berasa lega sebab sepanjang mereka berkahwin, hanya 2 patung yang isterinya telah siapkan. Bermakna hanya 2 kali saja isterinya marah padanya. Dengan penuh rasa terharu si suami memeluk si isteri dan menciumnya.

Kemudian si suami bertanya lagi : “Eh, kejap. Dari mana pulak datangnya duit sebanyak USD95,000 ni?”

Jawab isterinya : “Oh, tu hasil dari jualan patung-patung yang saya kait selama ni”.

Haaaa, rupanya banyak kali lah si isteri dia naik hantu kat dia selama ni!

Sumber: The San Fransisco Globe

Oleh: hzqahmd

Tags: kisah luculawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kejutan Apabila Diminta Tunjuk ‘MyKad’

25/05/2018
0

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini semalam tergamam seketika apabila seorang lelaki mengemukakan kepada hakim gambar lukisan tangan dirinya ketika...

Wanita Bogel, Gosok Badan Pada Batu Bentuk Penis

14/03/2018
0

SEORANG pelancong wanita telah mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan selepas dia didapati menggesekkan tubuhnya yang bertelanjang bulat pada sebuah batu berbentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd