• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejutan Apabila Diminta Tunjuk ‘MyKad’

oleh AK-47
25/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini semalam tergamam seketika apabila seorang lelaki mengemukakan kepada hakim gambar lukisan tangan dirinya ketika diminta menunjukkan MyKad.

Issam Bakri, 42 yang dituduh pendatang tanpa izin mengemukakan gambar lukisan tangan dirinya kepada Hakim Azreena Aziz sebagai bukti bagi menyokong dakwaan bahawa dia merupakan rakyat jati Sabah.

“Ini Mykad awak?” soal Azreen yang jelas tidak gembira melihatkan lukisan lelaki berambut tegak dan berbaju kemeja, dengan dua tompokan cakaran berbentuk bulat di kiri dan kanan lukisan yang mewakili cap jari.

Issam mengaku tidak bersalah apabila dia didakwa pada 26 April lalu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan sah untuk menetap di Sabah.

Namun lelaki itu tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan kepadanya semalam.

Dengan muka selamba, Issam mendakwa memiliki dokumen yang diperlukan bagi menafikan tuduhan dan dengan kebenaran mahkamah terus mengeluarkan lukisan tersebut dari poket seluarnya.

Aktiviti di mahkamah dikatakan terhenti seketika apabila pegawai pendakwa, Sabrina Jinius menyerahkan ‘Mykad’ itu kepada Azreena.

Hakim turut bertanya tertuduh sebanyak tiga kali sema ada kertas itu memiliki dokumen yang dimaksudkannya, dan Issam mengiyakan sebanyak tiga kali juga.

Azreena kemudiannya memerintahkan Issam dihantar ke hospital sakit jiwa Bukit Padang untuk menjalani pemeriksaan mental dan kes berkenaan akan disebut semula pada 26 Jun.

“Saya tak tahu sama ada nak marah atau nak gelak,” katanya yang turut mengatakan ia merupakan kejadian pertama kali sepanjang 15 tahun berkhidmat sebagai pendakwa raya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: FMT

*Rakaman video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Hakimlawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nama KPWKM Dikekalkan – Wan Azizah

Next Post

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

Next Post

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd