• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Meningkat

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat pada separuh kedua tahun ini berdasarkan Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi pada Julai 2017.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, IP pada Julai 2017 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.2 peratus kepada 118.1 mata berbanding 117.8 mata pada Jun 2017.

“Komponen yang menyumbang kepada peningkatan adalah Jangkaan Nilai Jualan di Sektor Pembuatan (0.3 peratus) dan Import Benar Semi Konduktor (0.2 peratus).

“Perubahan tahunan IP meningkat kepada 2.7 peratus pada Julai 2017 daripada 0.6 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Uzir berkata, Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa pula meningkat 0.9 peratus pada Julai 2017.

Menurut beliau, lima daripada enam komponen IS merekodkan pertumbuhan positif didahului oleh Kapasti Penggunaan di Sektor Pembuatan (0.4 peratus), Jumlah Guna Tenaga di Sektor Pembuatan (0.3 peratus) dan Gaji dan Upah Benar di Sektor Pembuatan (0.3 peratus).

Kata beliau, perubahan tahunan IS menunjukkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus pada bulan rujukan iaitu peningkatan tertinggi bagi tahun 2017.

“Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga malar berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017 daripada 5.6 peratus pada suku sebelumnya.

“Perubahan tahunan IP dan IS terus menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada Julai 2017. Disokong oleh kedua-dua Indeks Difusi melebihi 50 peratus menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat pada separuh kedua 2017,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd