• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Maira Mimpi Ayah Pulang Dalam Keadaan Kurus Kering

oleh AK-47
09/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PILU pula perasaan ni bila baca berita terbaru tentang Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH 370, Andrew Nari.

Beliau yang dikenali sangat rapat dengan ayahnya itu baru-baru ini bermimpi bertemu dengan ayahnya selama tiga hari berturut-turut.

Cerita itu memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun berlalu, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar.

“Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya,” katanya kepada Astro Awani.

Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya.

“Mimpi pertama adalah  satu `kolaj gambar’ di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring.

“Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang.

“Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut,” jelas Maira.

Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.

Mengimbas kembali, pesawat MH370 dengan 239 penumpang yang kebanyakannya warganegara China, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan.

Terdapat banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj. Baru-baru ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia merumuskan  kemungkinan besar penumpang pesawat itu meninggal dunia akibat sesak nafas selepas pesawat itu terbang ke arah Lautan Hindi di selatan secara autopilot.

Namun ia gagal meyakinkan ramai pihak kerana tiada sebarang bukti untuk mengukuhkan teori itu.

Mudah-mudahan ada petunjuk baru tentang kehilangan ini. Bukan saja ahli keluarga mangsa, malah seluruh rakyat Malaysia masih terus berdoa agar misterinya akan terungkai. :-MYNEWSHUB.CC

 Oleh: SYA
 

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd