• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uncle Tua Ditahan Sengaja Tukar Destinasi Beg

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELALUNYA sesuatu perkara yang negatif dilakukan bermotifkan dendam atau sebab-sebab tertentu.

Namun ‘uncle’ ini mengaku sengaja menukarkan beratus-ratus buah bagasi penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan menghantar kesemuanya ke destinasi yang salah tanpa sebab!

Lapor akhbar Straits Times, petugas bagasi bernama Tay Boon Keh, 63, itu telah didakwa di mahkamah Selasa lalu dengan 286 pertuduhan.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan sebab melakukan kesalahan tersebut namun dia tetap mahu mengaku salah.

Pendengaran semula kes akan berlangsung pada 17 Oktober depan dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara selama setahun atau denda bagi setiap pertuduhan.

Dalam pada itu, menurut jurucakap Lapangan Terbang Changi, tiada pencerobohan keselamatan berlaku.

Lapangan terbang antarabangsa keenam paling sibuk di dunia dan telah menerima 59 juta penumpang pada tahun lalu.

Selain itu, lapangan terbang itu menawarkan penerbangan ke 380 bandar seluruh dunia yang melibatkan lebih 100 syarikat penerbangan.

Menurut laman web rasmi Changi Group Airport, lapangan terbang itu menguruskan kira-kira 70,000 bagasi setiap hari.

Menurut fakta kes, bagasi-bagasi yang sepatutnya dihantar ke Perth, Manila, Frankfurt, London dan San Francisco dilaporkan antara yang terjejas disebabkan Boon Keh. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: bagasiChangi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

10/12/2024
0

KAJANG: Bau busuk membongkar penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui di sebelah longkang besar di Taman Cheras Perdana,...

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 – KP Selangor

25/03/2024
0

SHAH ALAM: Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd