• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Warga Indonesia Jalani Rawatan

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Lebih banyak warga Indonesia menjalani rawatan perubatan di hospital swasta di Sarawak dan jumlah itu dijangka akan meningkat, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau menggesa penyedia penjagaan perubatan di negeri ini agar sentiasa menambah baik standard perkhidmatan mereka dan layanan mesra kepada pesakit.

“Ini bukan hanya akan menarik kedatangan pesakit dari dalam negeri ini tetapi juga dari luar. Pesakit akan datang ke sesebuah hospital sekiranya mereka berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberi kepada mereka,” katanya pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti NMSC 2017, di sini hari.

Ketika berucap, ketua menteri turut memuji Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) kerana memperoleh perakuan antarabangsa sebagai Hospital Bertauliah Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI) dengan Sijil Meterai Emas.

Beliau berkata NMSC berkembang maju sejak penubuhannya, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan dan beliau mencadangkan agar pusat perubatan itu diperbesarkan di masa akan datang.
​​​​​​​
Abang Johari berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak turut menaja (menerusi pemberian biasiswa) 40 pelajar perubatan setiap tahun, dalam usahanya untuk meningkatkan jumlah doktor di negeri ini dan sasarannya adalah untuk mencapai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk.

Katanya perkhidmatan perubatan juga boleh menyumbang kepada industri pelancongan negeri menerusi sektor pelancongan perubatan.

Beliau menarik perhatian bahawa terhadap peningkatan 17 peratus dalam jumlah pengunjung ke Sarawak tahun ini sungguhpun bilangan penerbangan terus ke Sarawak tidak banyak.

Abang Johari kemudian menyampaikan anugerah kepada 20 petugas NMSC, dan beliau juga dianugerahkan Sijil Meterai Emas JCI oleh Pengerusi Sarawak Medical Centre Sdn Bhd Tan Sri Mohammed Nor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMSC Datuk Au Yong Kien Hoe berkata matlamat hospital itu adalah memberi keyakinan kepada masyarakat iaitu, “jika anda datang ke Normah, anda akan menerima standard penjagaan dan keselamatan sama seperti yang disediakan oleh sebuah hospital di negara maju.”

Sehubungan itu, beliau berkata NMSC melaksanakan beberapa strategi untuk membantu hospital mencapai matlamatnya, dan satu daripada strategi itu adalah memperoleh akreditasi antarabangsa. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan sektor kesihatan merupakan aspek kritikal yang tidak boleh ditangguhkan, justeru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd