• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Maahad Tahfiz Bantut Pembangunan Islam Negeri

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – PAS Pulau Pinang menyifatkan kenyataan seorang exco kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri akan menutup maahad tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan sebagai ugutan serta cubaan untuk membantutkan pembangunan Islam di negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Yusni Mat Piah berkata gesaan itu jelas tidak akan menyelesaikan masalah sekali gus menjurus ke arah menghapuskan institusi tahfiz di negeri ini.

“Sikapnya itu sangat naif, dangkal dan tidak bertamadun untuk dilakukan pihak yang memegang tanggungjawab dan kuasa pentadbiran kerajaan negeri. Malah, menjelaskan kedengkian dan permusuhan terhadap perkara berkaitan Islam yang sering ditunjuk kecenderungan itu oleh DAP selaku teraju kerajaan.

“Sepatutnya beliau bertindak dengan matang dan bijak membantu menangani kekurangan entiti yang telah sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti menyalurkan dana dan seumpamanya.

“Beliau sendiri mengetahui kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang bergerak atas kapasiti persendirian dan mengharapkan sumbangan dana daripada orang ramai bagi membangunkan prasarana dan pengajian mereka. Sewajarnya inisiatif itu diperkukuhkan lagi, bukan diranapkan umpama marah nyamuk kelambu dibakar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 15 Sept lepas, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap maahad tahfiz di negeri ini yang gagal mematuhi aspek keselamatan, dengan menarik balik kelulusan dan menutup premis mereka.

Abdul Malik berkata pihaknya telah mengarahkan aspek keselamatan di semua maahad tahfiz di negeri itu dipertingkatkan.

Mohd Yusni berkata kemudahan dari segi pengurusan pendaftaran, pembangunan, kebajikan guru dan pelajar perlu dipandang serius dan bantuan kepada maahad tahfiz ini boleh dihulurkan melalui arahan kepada semua jentera kerajaan negeri sebagai sokongan dan kerjasama yang baik terhadap pembangunan institusi berkenaan.

“Bukan bertindak pilih kasih seperti nasib yang pernah dilakukan ke atas Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) di Balik Pulau yang dinafikan peruntukan sumbangan kepada mereka atas alasan sekolah ini diurus oleh parti politik PAS.

“Tindakan kerajaan negeri tidak memberikan sumbangan kepada SRIBU dan SRIA ini jelas menunjukkan sikap hipokrasi terhadap sekolah agama rakyat (SAR) dan maahad tahfiz. Sepatutnya mereka ini juga berhak menerima sumbangan sebagai rakyat Pulau Pinang dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohd Yusni Mat PiahPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd