• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Pembinaan Kilang Kelapa Sawit

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu mengkaji semula rancangan pembinaan kilang kelapa sawit di Sungai Renggam, Pasir Salak yang mencetuskan bantahan penduduk tempatan baru-baru ini.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata kewujudan kilang tersebut dibimbangi akan menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk di taman perumahan serta nelayan sungai di kawasan berhampiran.

“Kajian terperinci perlu dilakukan. Kami minta Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perikanan buat kajian menyeluruh kesan yang bakal berlaku jika kilang itu dibina dekat kediaman penduduk dan sungai yang menjadi tempat nelayan mencari rezeki.

“Kami juga bimbang jika aspek alam sekitar dan masalah sosial tidak diberi keutamaan dalam proses pengeluaran lesen (kilang), ia akan memberi kesan buruk terutama melibatkan sumber pendapatan serta kesihatan penduduk di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kira-kira 400 nelayan darat dan sebahagian penduduk di 15 buah kampung dalam Mukim Kota Setia membantah pembinaan kilang di kawasan berkenaan.

Bantahan itu dibuat kerana bimbang pembinaan kilang tersebut yang berhampiran dengan Sungai Dedap bakal menimbulkan pelbagai masalah antaranya dikhuatiri sisa buangan akan dilepaskan ke sungai.

Mohamed Idris berkata SAM berharap pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian sewajarnya berhubung bantahan itu dan perjumpaan serta perbincangan perlu diadakan secepat mungkin supaya masalah berkenaan tidak berlarutan.

“SAM juga khuatir pelepasan asap, pencemaran bau busuk dan pembuangan sisa dari kilang tersebut akan mengganggu keselesaan dan aktiviti harian penduduk,” katanya.

Beliau berkata SAM juga akan menghantar surat kepada pihak berwajib dalam masa terdekat untuk menggesa masalah itu ditangani segera. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd