• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Terima RM400

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini yang berlaku minggu lepas akan menerima RM400, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata banjir paling teruk Jumaat lepas itu menyebabkan 200 keluarga dipindahkan ke sebelas pusat pemindahan.

“Mereka yang menerima bantuan adalah mereka yang mengalami kerosakan bangunan atau kenderaan,” katanya pada sidang akhbar.

Lim berkata bayaran akan diuruskan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung di bawah seliaan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri.

“Borang permohonan bantuan akan dikeluarkan Isnin depan di mana-mana pejabat wakil rakyat kerajaan negeri. Ia harus dipulangkan semula dalam tempoh sebulan sebelum bayaran dibuat,” katanya.

Banjir dikatakan berpunca daripada tempias Taufan Doksuri yang menyebabkan hujan luar biasa. – BERNAMA

Tags: BanjirLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd