• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Memang Kena Ke HKL Bagi Pemeriksaan Berjadual

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cara jentera media PKR buat kenyataan rasmi bukan main punya gempar habis satu Malaya sampai seluruh negara terpedaya kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Walhal kisah sebenarnya bekas ketua pembangkang itu memang pun perlu dibawa ke HKL petang Selasa untuk pemeriksaan secara berkala yang sudah ditetapkan lebih awal dan bukan kerana mengalami masalah kesihatan amat serius.

Perkara tersebut malah disahkan Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain yang dipetik agensi berita rasmi Bernama menjelaskan bahawa Anwar, 70, dimasukkan ke HKL malam tadi hanya untuk menjalani pemeriksaan berjadual.

Baca: Anwar Dikejarkan Ke HKL Akibat Tekanan Darah

Beliau bahkan menerangkan bahawa Anwar tidak pula mengalami masalah kesihatan cuma akan berada di hospital tersebut untuk tempoh beberapa hari bagi pemeriksaan berkala yang akan dikendalikan oleh sepasukan pakar perubatan.

“Ia adalah pemeriksaan berjadual dan pasukan pakar akan mengendalikan beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Anwar kini sedang jalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata Anwar dikejarkan ke HKL akibat masalah tekanan darah kurang stabil. Dakwanya Anwar juga memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu.

Anwar yang dilantik sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan tetapi belum disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimhospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd