• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Melaka: Sebuah Lagi Pusat Pemindahan Dibuka

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebuah lagi pusat pemindahan dibuka di Alor Gajah menjadikan kesemuanya dua pusat dengan mangsa banjir terus meningkat kepada 99 orang setakat jam 6 petang ini berbanding 19 orang tengah hari tadi.

Anggota Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah, Kapten Mohammad Fairul Asikin Kadir berkata pusat pemindahan banjir baharu yang dibuka jam 4.30 petang itu ialah di Masjid Kampung Panchor, Durian Tunggal.

“Pusat pemindahan berkenaan menempatkan seramai 80 mangsa iaitu lapan pengajar dan 72 pelajar dari Madrasah Tahfiz al-Quran Ainur Syukriah, Kampung Panchor.

“Manakala pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Tanjung Rimau Luar, Gadek masih kekal dengan 19 mangsa daripada empat keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau kejadian banjir di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat sejak semalam.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri Melaka setakat ini dilaporkan hujan renyai di beberapa kawasan dan keadaan itu menyebabkan beberapa bacaan paras air sungai di lokasi terbabit banjir meningkat.

Katanya antara agensi yang terlibat dalam membantu mangsa banjir ialah Polis Diraja Malaysia, Jawatankuasa Pengurusan Banjir Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd