• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Kawasan Wabak Rabies Diisytihar

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytihar di Sarawak, iaitu Kampung Telagus Legai di bahagian Serian, menjadikan ia sebagai kawasan ke-25 wabak rabies sehingga kini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata ia terdiri daripada 20 kawasan di bahagian Serian, empat di bahagian Kuching dan satu di bahagian Sri Aman.

Jangkitan rabies pada manusia mula dilaporkan di Sarawak pada Jun lepas, dan sehingga kini enam kes positif virus rabies telah dikesan, dengan lima daripada penghidapnya telah meninggal dunia.

Beberapa media sebelum ini melaporkan proses penarikan balik pewartaan kawasan penyakit anjing gila atau rabies hanya akan dilakukan jika tiada sebarang kes tempatan dikesan pada mana-mana spesies haiwan atau manusia selama tempoh menjangkau dua tahun, kerana tempoh pengawasan serta kawalan di kawasan berkenaan mengambil masa agak lama bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada ancaman rabies.

Menurut kenyataan itu, secara kumulatif, sehingga kini 36,895 ekor haiwan kesayangan yang terdiri daripada 28,988 ekor anjing, 7,862 ekor kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin, dan 41,927 survelan aktif serta 1,778 survelan pasif untuk mengawal penularan wabak Rabies telah dilakukan di kawasan-kawasan sekitar Serian, Kuching dan Sri Aman.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak ingin mengingatkan orang ramai supaya mengelak haiwan kesayangan mereka, sama ada yang telah atau belum divaksin, daripada bercampur dengan haiwan terbiar dan memerhati perubahan sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah atau agresif,” menurutnya.

“Sila hubungi Bilik Operasi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di talian 082443991 /446991 / 447960 untuk sebarang laporan mengenai Wabak Rabies,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Wabak Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Rabies Ragut Nyawa Ke-21 Di Sarawak

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak selepas seorang kanak-kanak lelaki lima...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing Meningkat Di Miri

19/10/2018
0

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd