• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Haramkan Senjata Nuklear

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72 yang berlangsung di New York minggu ini, tertumpu kepada Triti Pengharaman Senjata Nuklear (NBT) yang dijadual ditandatangani pemimpin negara anggota pada 20 September.

Penasihat Undang-Undang Serantau Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk Asia Tenggara, Kelisiana Thynne berkata, selepas triti diterima pakai lebih 120 negara di UNGA pada 7 Julai, secara rasminya negara anggota mengesahkan pendirian menolak sebarang penggunaan dan pembangunan senjata nuklear.

“Dengan menandatangani perjanjian itu, negara anggota akan menyokong pengharaman senjata nuklear secara menyeluruh. Ia akan menghantar mesej jelas kepada dunia, bahawa majoriti kerajaan di dunia beranggapan semua negara tidak harus menggunakan senjata nuklear,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Thynne menjelaskan selepas ia ditandatangani, dokumen perjanjian itu perlu dikemukakan kepada pihak undang-undang berkaitan di negara masing-masing sebelum perjanjian dapat disahkan. NBT boleh dikuatkuasakan selepas 50 negara mengesahkannya.

Beliau berkata NBT dilihat lebih menyeluruh kerana melarang penuh senjata nuklear berbanding Perjanjian Pencegahan Percambahan Senjata Nuklear (NPT).

“NPT sebelum ini sekadar mengenai pelucutan senjata dan tidak menggalakkan penghasilan senjata nuklear dan tidak benar-benar mempertimbangkan kesan senjata itu terhadap kemanusiaan,” katanya.

Thynne positif majoriti 193 negara anggota PBB akan menandatangani triti, walaupun negara yang mempunyai senjata nuklear dijangka menolaknya.

Beliau berpendapat walaupun negara yang menolak triti itu tidak terikat secara sah namun yakin NBT dapat menekan negara berkenaan menamatkan perlumbaan senjata nuklear, menghadkan pengeluaran dan menghentikan pemindahan teknologi senjata nuklear.

Thynne berkata ICRC satu daripada pertubuhan pertama menyaksikan kehancuran serta kemusnahan teruk akibat pengeboman bom atom di Hiroshima, Jepun, kira-kira 72 tahun yang lalu, semenjak itu pertubuhan menyokong pengharaman senjata nuklear.

“Bukan sahaja ribuan mangsa terjejas malah kesan radiasi masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Di Jepun, kita masih boleh melihat penduduk sengsara kerana menghidap kanser walaupun selepas 72 tahun berlalu,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan meskipun dengan pelbagai kemudahan dan kecanggihan teknologi pada masa kini namun tiada negara mahupun sesiapan pun mampu bertindak balas terhadap kesan yang dicetuskan akibat penggunaan senjata nuklear.

Pegawai ICRC yang berpangkalan di Malaysia itu, turut memuji kerajaan Malaysia atas pendirian dan sokongan yang diberikan sepanjang proses rundingan perjanjian selain mengundi untuk menyokong menerima pakai NBT.

Selain itu, beliau berharap ASEAN dapat menggalakkan kerajaan dan badan serantau lain untuk memainkan peranan dalam triti itu selain mewujudkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) di rantau berkenaan menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 1997. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd