• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lupus Mesin Judi Bernilai RM1.65 Juta

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Sebanyak 248 mesin simulator dan 645 komputer yang digunakan untuk kegiatan judi siber bernilai RM1.65 juta dilupuskan oleh pihak polis hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata barang rampasan tersebut ialah hasil operasi pihak polis bagi tempoh 2006 hingga kini.

“Hari ini pihak kami telah bekerjasama dengan Kualiti Alam Sdn Bhd bagi proses melupuskan barang kes dengan kaedah yang sesuai bagi setiap komponen mesin judi.

“Barang kes ini ialah hasil daripada operasi judi siber yang dibuat di daerah Port Dickson, Jempol, Seremban, Nilai dan Rembau”, katanya pada sidang media Program Pelupusan Barang Kes Mesin Judi Siber PDRM Negeri Sembilan di sini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Alam Sekitar Nor Hazni Mat Sari dan Pengarah Kualiti Alam Sdn Bhd Khalid Bahsoon.

Pada sidang media itu juga beliau memberi amaran kepada individu yang terlibat dalam kegiatan judi siber akan tindakan tegas berterusan pihak polis dalam usaha merealisasikan fokus utama ketua polis negara iaitu pembanterasan segala bentuk perjudian.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana operator termasuk pegawai atau anggota polis yang bersengkokol melindungi gejala perjudian siber ini dan tindakan undang-undang akan diambil jika didapati bersalah.

“Saya meminta orang ramai supaya bekerjasama membanteras gejala judi siber ini kerana ia bukan sahaja menimbulkan gejala sosial yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat tetpi juga meruntuhkan institusi kekeluargaan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: mesin judipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd