• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Paling Ramai Tidak Bayar Cukai

oleh AK-47
19/09/2017
dalam LHDN, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Doktor dikesan antara kalangan ahli profesional yang paling ramai tidak membayar cukai pendapatan di negara kita, menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Sehingga Ogos tahun ini, jumlah cukai dan penalti yang perlu dibayar oleh kalangan doktor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah sebanyak RM1.106 bilion.

Jumlah berkenaan ujarnya ketika memberitahu Oriental Daily, adalah hasil operasi pengauditan yang dilancarkan LHDN terhadap 4,610 golongan profesional di seluruh negara baru-baru ini.

“Selain doktor, ahli-ahli profesional lain yang turut menjadi sasaran LHDN ialah peguam, arkitek dan jurutera. Daripada 4,610 orang itu, seramai 3,000 ialah doktor, 182 peguam, 141 arkitek dan 1,287 jurutera,” kata Sabin.

Menurut Sabin, jurutera menjadi golongan profesional kedua terbanyak mengelak cukai dan dikenakan penalti, iaitu membabitkan RM38.301 juta diikuti peguam (RM7.39 juta) dan arkitek (RM1.181 juta).

Bagaimanapun, Sabin menjelaskan, tidak kesemua 4,610 ahli profesional yang diaudit itu didapati mengelakkan cukai, sebaliknya ia hanyalah amalan biasa yang dilakukan oleh LHDN.

Mengikut perangkaan LHDN, sebanyak 15 daripada 70 syarikat gergasi yang diaudit lembaga tersebut dikesan mengelak cukai atau melakukan perancangan cukai agresif.

Jumlah cukai dan penalti yang dianggarkan bagi 15 syarikat itu adalah sebanyak RM1.016 bilion. – Sinar Online

Tags: CukaidoktorLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd