• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal 100 Laluan Tikus, Kekang Pelarian Rohingya

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Polis Kelantan mengenal pasti lebih 100 lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang kemasukan pelarian Rohingya secara haram ke negara ini berikutan pergolakan yang sedang berlaku di Myanmar.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata lantaran itu, kawalan semakin dipertingkatkan bagi membendung kemasukan pelarian Rohingya di kawasan sempadan tersebut selain mengelak berlakunya perkara dan insiden yang tidak diingini.

“Polis sudah mengenal pasti terdapat antara 130 dan 150 lorong tikus yang diwujudkan untuk kegiatan penyeludupan di sempadan tersebut dari kawasan Jeli hingga ke Tumpat. Kita akan pantau dan tingkatkan kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan bola sepak dan bola tampar Piala Ketua Polis Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu, di majlis tersebut, Hasanuddin, dalam ucapannya, berkata anggota polis di negeri itu perlu melakukan aktiviti fizikal bagi mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis dan buah pinggang.

Beliau berkata mana-mana anggota yang didapati gagal mengawal berat badan, bakal terlepas peluang untuk dinaikkan pangkat. – BERNAMA

Tags: Isu Rohingyapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd