• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perubahan Taburan Hujan Faktor Berlaku Banjir Kilat

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Fenomena banjir kilat luar biasa antara lain disebabkan perubahan corak taburan hujan selain faktor pembangunan yang sukar dikawal.

Ekoran itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini memberi fokus utama kepada dua perkara iaitu memastikan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dilaksanakan mengikut kemajuan dirancang serta memberi khidmat nasihat kepada agensi yang bertanggungjawab mengenai risiko banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Ir Hamim Samuri berkata RTB perlu dilaksanakan secara berterusan berdasarkan rekabentuk yang telah dibuat.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula akan terus beri nasihat kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tentang kemungkinan banjir yang berlaku berdasarkan perubahan taburan hujan yang berlaku pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Air Larian Hujan – Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak yang dihadiri 150 peserta terdiri daripada pegawai kanan JPS, kontraktor, pemaju, perunding dan agensi kerajaan yang lain di sini hari ini.

Persidangan itu adalah antara inisiatif JPS untuk membincangkan dasar, garis panduan serta teknologi terkini dalam usaha mencegah kejadian banjir kilat dan kemusnahan alam sekitar di mana hasil perbincangan akan dikumpulkan oleh JPS dan Pertubuhan Saliran Mesra Alam Malaysia (MSO) untuk dikemukakan kepada kerajaan.

Hamim berharap semua pihak lebih bersedia dengan perubahan tersebut kerana taburan hujan di satu-satu kawasan ketika ini sukar dijangka berdasarkan jumlah taburan hujan terdahulu.

Beliau berkata pola taburan hujan itu dikesan berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun ia semakin ketara sejak setahun lalu.

“Contohnya ada kawasan yang tidak pernah dilanda banjir kilat, namun ia terjadi ketika ini. Termasuklah kalau dulu di satu-satu kawasan lembangan sungai menerima taburan hujan yang sekata, namun kini ada kawasan lembangan sungai dan kawasan tadahan hujan yang tidak lagi menerima taburan hujan seperti biasa.

“Banjir kilat yang berlaku itu bukan kerana salah rekabentuk, bukan kerana salah JPS. JPS telah melakukan yang terbaik, tapi kerana iklim yang telah berubah dan perkara ini perlu difahami oleh rakyat (agar) lebih bersedia dengan perubahan tersebut.

“Bagaimanapun, kerajaan melalui JPS akan cuba mengurus keadaan ini sebaik mungkin terutamanya dalam memberi nasihat kepada kerajaan dan penerangan kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd