• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Taib Mampu Suntik Semangat UMNO Selangor

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO di pelbagai lapisan menyambut baik tindakan bekas naib presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan UMNO, sekali gus mengukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 khususnya di Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata penyertaan semula Muhammad dalam UMNO menjadi suntikan semangat untuk UMNO negeri berjuang memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang dan menawan semula Selangor.

“Kami UMNO Selangor mengalu-alukan kehadiran semula bekas pemimpin hebat di Selangor… walaupun Tan Sri (Muhammad) sebelum ini di sebelah sana (bersama pembangkang). Hubungan kami masih akrab dan saya percaya Tan Sri akan naikkan semangat kami untuk tawan semula Selangor,” katanya kepada pemberita susulan pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Muhammad kembali ke pangkuan UMNO, hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kembalinya bekas pemimpin parti kepada UMNO menunjukkan wujud kesedaran bahawa agenda besar parti dan negara adalah jauh lebih penting berbanding agenda individu.

Katanya Muhammad, yang pernah menyandang pelbagai jawatan termasuk sebagai Ketua Penerangan UMNO dahulu, sedar perjuangan untuk rakyat adalah lebih bermakna jika berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional, selepas lima tahun mencuba melalui platform PAS dan PKR.

“Jadi bagi pihak parti, kita alu-alukan apa sahaja yang boleh membawa solidariti dan kekuatan politik kepada UMNO dan negara ini. Harap-harap akan ada lebih ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang kembali (ke pangkuan parti) kerana pintu UMNO sentiasa terbuka kepada semua,” katanya.

Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Muhammad membuktikan tiada parti alternatif yang ikhlas memperjuangkan rakyat terutamanya Melayu dan Islam selain Umno.

“Dalam tempoh bersama pembangkang sudah pasti beliau (Muhammad) faham bahawa sebenarnya pembangkang langsung tidak mempunyai agenda untuk membangunkan rakyat serta memperkukuhkan islam,” katanya.

Ismail Sabri berkata perkembangan positif ini membuka peluang cerah kepada Umno di Selangor untuk rakyat mempertimbangkan siapa sebenarnya yang berada di landasan tepat untuk memimpin kerana Muhammad antara tokoh pemimpin yang berjasa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata keputusan Muhammad membuktikan bahawa perjuangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara masih relevan dan bekas Naib Presiden UMNO itu sendiri mengakui perbezaan intipati perjuangan parti pembangkang yang dianggapnya sia-sia.

Mat Nadzari berkata UMNO dan BN Selangor akan bekerja rapat dengan Muhammad dan berkongsi pengalamannya semasa berada di luar parti dalam menggembleng usaha untuk meraih kepercayaan rakyat di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Mat TaibUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd