• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dipercayai Mangsa Lemas Ditemukan

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONG – Satu mayat lelaki dipercayai mangsa lemas ditemukan terapung di Sungai Iran di sini kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Song DSP Azhar Abu Bakar berkata tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat itu yang memakai seluar pendek kelabu, berbadan gempal, berketinggian 152.4 sentimeter dan dianggar berusia 40-an.

Menurutnya, mangsa yang dipercayai lemas itu telah dijumpai orang awam dan berdasarkan pemeriksaan, tidak ada kecederaan fizikal ditemui dan mayatnya dihantar ke Hospital Kapit.

“Setakat ini, tiada laporan kes orang hilang dilaporkan di Kapit dan Song. Belum dapat dipastikan sama ada mayat itu orang tempatan atau warga asing,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Inspektor Lucas Law di Balai Polis Song di talian 084-777222 untuk memberi maklumat.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak memberitahu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat Song serta pasukan bomba sukarela Song telah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan penemuan mayat itu. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd