• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Ketika Bergambar

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands dekat sini, pada Sabtu dipercayai selepas memanjat tembok untuk mengambil gambar.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 2.50 petang itu, P. Kanesh Naidu, 20, maut serta-merta apabila terjatuh ke tingkat tujuh hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 di tempat letak kereta hotel itu, namun telah tergelincir.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi,” katanya semasa dihubungi di sini.

Kanesh, yang berasal dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah restoran, datang ke pusat peranginan itu bersama-sama tiga rakannya.

Bagaimanapun, semasa kejadian semua rakannya masih berada di dalam kereta dan mangsa dipercayai keluar sendirian sebaik sahaja mereka tiba di kawasan tempat letak kereta itu.

Mohamad Mansor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: genting highlandTerjatuh Bangunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Wanita Jepun Yang Maut Terjatuh Bangunan Adalah Isteri Ridz Okumura’ – Polis

‘Wanita Jepun Yang Maut Terjatuh Bangunan Adalah Isteri Ridz Okumura’ – Polis

04/03/2025
1

SHAH ALAM: Polis mengesahkan wanita warga Jepun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya pada...

Pelajar Parah Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

20/01/2021
0

KUCHING - Seorang pelajar parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah menengah, di sini, pada hari pertama sesi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd