• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia Digugurkan Daripada Drama

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA nak jadi ni? Lepas satu, satu permasalahan yang melanda pelakon Fathia Latiff!

Selepas tular Ahad lalu video aktres cantik itu menari dengan gaya berahi, kini syarikat produksi TenView Sdn. Bhd. menggugurkan Fathia daripada drama la Luna kerana mendakwa pelakon itu gagal memberi komitmen, lapor BH Online.

Menurut penerbitnya, Norazah Sahud, Fathia hadir ke lokasi penggambaran dalam keadaan tidak terurus menyebabkan penggambaran yang sepatutnya bersambung di Johor Bahru (JB) pada 14 September lalu terpaksa ditunda.

“Penggambaran drama ini sudah bermula sejak dua minggu lalu di ibu kota, sebelum bersambung di JB. Sepanjang penggambaran di Kuala Lumpur, Fathia tidak menimbulkan sebarang masalah besar.

“Penggambaran di JB sepatutnya bermula bermula jam 9 pagi kelmarin, tetapi Fathia meminta supaya jadual dianjakkan kepada tengah hari. Kami sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaannya.

“Masalah timbul apabila dia tiba dalam keadaan tidak bermaya menyebabkan penggambaran terpaksa ditunda.

“Kami cuba berdiplomasi dan masih memberinya peluang tetapi terkilan apabila dia gagal pula hadir ke lokasi penggambaran, semalam tanpa sebarang alasan,” katanya.

Oleh itu, Norazah berkata pihaknya terpaksa menyingkirkan Fathia dan mencari pelakon pengganti kerana enggan mengambil risiko lagi.

“Dengan apa yang berlaku, ia menyusahkan kami dan sebagai pengajaran, kami sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ketika ini, penggambaran terpaksa ditangguhkan dan hanya akan disambung semula Selasa ini,” katanya lagi.

Penerbit drama itu turut mendedahkan bahawa semasa perbincangan berkenaan projek itu enam bulan lalu,Fathia telah berjanji akan memberikan komitmen penuh.

“Saya pada mulanya agak ragu untuk menawarkan Fathia watak itu, tetapi selepas diyakinkan pengurus produksi, Kam Abdul Manap, saya bersedia memberinya peluang.

“Semua berjalan dengan baik pada awal, tetapi lain pula yang terjadi apabila penggambaran diteruskan di JB,” dakwanya.

Semalam (Ahad), nama Fathia terpalit dengan kontroversi apabila dua buah rakaman video di aplikasi Bigo Live bersama pelakon baharu, Natasha Elyzza, menampakkan kelibat seorang wanita yang dikatakan mirip dirinya.

Namun, Natasha menafikan dakwaan itu dan memohon maaf atas kesalahannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fathia Latiffkontroversi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Adakan Sidang Media Khas Di PWTC

Next Post

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

Next Post

Rakyat Sarawak Mahu Berdiri Sama Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd