• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Perlis Minta Penduduk Patuhi Arahan Berpindah

oleh Ahmad Albab
16/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis meminta penduduk mematuhi arahan berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini susulan hujan lebat yang melanda negeri ini sejak semalam.

Jurucakapnya berkata hujan lebat semalam menyebabkan banjir kilat sedalam 0.5 meter dan menjejaskan 25 buah rumah di Kampung Tebing Tinggi, Bintong di sini.

“APM mengarahkan mangsa-mangsa yang terjejas ke pusat pemindahan di Bintong namun tiada sesiapa mahu berpindah kerana menjangka air akan surut. Walaupun air surut awal pagi ini, kami bimbang jika hujan berterusan boleh menyebabkan banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut jurucakap itu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menggunakan sebuah pam besar untuk mengeluarkan air dari kawasan limpahan ke Sungai Perlis, sekali gus memulihkan keadaan.

Katanya aliran air di Kampung Tebing Tinggi terhalang disebabkan kerja-kerja Lencongan Barat Timah Tasoh untuk mengalih aliran air ke Sungai Perlis belum siap. – BERNAMA

Tags: APMBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd