• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Tambah Hukuman Rohingya Lindungi Pendatang

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang etnik Rohingya, pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) kembali semula ke penjara hari ini, selepas Mahkamah Rayuan menambah hukuman penjaranya daripada tiga tahun kepada lima tahun kerana melindungi 20 pendatang Bangladesh dan Myanmar yang diseludup ke negara ini.

Panel tiga hakim dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap Muhammad Yunus, 32.

“Kami bersetuju hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi terhadap responden (Muhammad Yunus) secara nyata adalah tidak memadai,” kata Abang Iskandar.

Ketika membenarkan rayuan pendakwa raya, beliau berkata (rayuan pihak pendakwaan) mempunyai merit dan memerintahkan Muhammad Yunus menjalani hukuman itu daripada tarikh dia ditangkap pada 2 Julai 2015.

Muhammad Yunus dibebaskan dari penjara pada 2 Julai tahun ini selepas selesai menjalani hukuman penjara tiga tahun. Dia kemudiannya ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah sementara menunggu rayuan itu didengar.

Timbalan Pendakwa Raya Anas Bashari berhujah hukuman berat dapat mencegah kesalahan seperti itu dan bagi menunjukkan kesalahan membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara tidak harus dipandang ringan.

Anas berkata hukuman itu harus dijadikan pengajaran kepada Muhammad Yunus dan semua orang termasuk pendatang asing yang terlibat dalam kesalahan sama.

Peguam Muhammad Yunus, Burhanudeen Abdul Wahid berhujah Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua fakta ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap anak guamnya. Beliau berkata Muhammad Yunus bukanlah pelaku utama.

Muhammad Yunus mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Alor Setar melindungi 12 pendatang Bangladesh dan lapan Myanmar berusia lingkungan 18 hingga 54 tahun, di Lot 84, Jalan Titi Haji Idris, Kampung Alor Sentap, Pokok Sena, Kedah pada 4.44 pagi pada 2 Julai 2015.

Mengikut fakta kes, pasukan polis menyerbu rumah itu dan mendapati terdapat beberapa lelaki warga Myanmar dan Bangladesh tanpa dokumen perjalanan yang sah, dalam keadaan lemah.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan memasuki Malaysia melalui ejen dan dijanjikan pekerjaan. Bagaimanapun, sebaik tiba di Malaysia, mereka dikurung di dalam rumah itu sehingga anggota keluarga mereka membayar duit kepada ejen untuk pembebasan mereka. – BERNAMA

Tags: Etnik Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd