• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Terengganu Bantu Waris Pusat Tahfiz

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu hari ini, menyumbang RM23,000 kepada keluarga pelajar Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur yang maut dalam kebakaran semalam.

Yang Dipertuanya, Yusof Musa berkata, sumbangan itu akan diserahkan kepada ahli keluarga mangsa dalam tempoh terdekat sebagai tanda simpati mereka terhadap insiden menimpa pelajar-pelajar terbabit.

“Perkasa termasuk pihak pentadbir Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah Marang bersimpati dengan kemalangan semalam yang menyebabkan kematian 23 pelajar termasuk dua guru.

“Persatuan Perkasa akan menyerahkan sumbangan ini kepada keluarga mangsa terlibat terdekat ini,” katanya ketika ditemui di Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah di Bukit Payong di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Perkasa Terengganu, Abdul Hamid Datuk Salleh dan Ahli Jawatankuasa Perkasa Terengganu.

Beliau berkata, semua pihak termasuk NGO disarankan supaya segera menghulurkan apa juga bentuk bantuan sebagai tanda keprihatinan dalam membantu keluarga mangsa ditimpa musibah.

“Keluarga mangsa pasti memerlukan sokongan, justeru diharapkan usaha Perkasa Terengganu ini dapat mencetuskan dorongan kepada pihak lain untuk turut membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Perkasa Terengganu turut menyerahkan sumbangan RM3,000 bagi mengisi tabung SINAR4ROHINGYA ‘Solidarity For Humanity’ kepada Sinar Harian di Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah itu. – Sinar Online

Tags: kebakaran pusat tahfizPERKASA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AGRA, GPMS, PERKASA Batal Perhimpunan Bantah Dong Zong

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan, membatalkan Himpunan Julang Perlembagaan ‘Rempuh 2812’...

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd