• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

George Town ‘Lumpuh’ Dilanda Banjir Kilat Lagi

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kejadian banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di lima daerah di negeri ini pagi ini susulan hujan lebat sejak 3 pagi tadi hampir melumpuhkan bandar raya ini yang mengalami kesesakan teruk selepas beberapa jalan menuju ke pusat bandar ditutup akibat ditenggelami air.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Sungai Pinang, Taman Lumba Kuda, Bandar Baru Air Itam, Paya Terubong, Relau, Balik Pulau, Batu Ferringhi serta beberapa kawasan di Seberang Perai iaitu Taman Bagan, Mak Mandin, Permatang Pauh dan Jalan Tembikai.

“Namun sehingga kini belum ada pusat pemindahan dibuka selain tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima,” katanya kepada pemberita, di sini.

Kesesakan teruk juga dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya dan di atas Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah termasuk di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menuju ke pusat bandar berikutan penutupan jalan.
Setakat 10 pagi ini, keadaan hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati Jalan P.Ramlee ditenggelami air kira-kira 0.5 meter. Difahamkan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh turut dilaporkan di Medan Fettes dan Paya Terubong namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang dan Sungai Air Itam telah mencecah paras bahaya.

“Tahap kedalaman air di beberapa kawasan di Timur Laut telah mencecah 0.6 meter namun setakat 9 pagi ini tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya. – Bernama

Tags: banjir kilatGeorge Town
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd