• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Umat Islam Sedang Mengalami Perang Mazhab?

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUKAR untuk dinyatakan: Apakah kita harus menerima hakikat bahawa krisis yang membunuh lebih 10 ribu nyawa di Yaman berpunca daripada ‘Perang Mazhab’ dalam Islam?

Sejak perang meletus pada Januari 2015 berikutan krisis rampasan kuasa puak Houti di Sanaa yang menyebabkan Presiden Mansor Abdul Rabah melarikan diri dan berlindung di Arab Saudi, media massa menyebut krisis Yaman sebagai perang saudara.

Namun, campur tangan Arab Saudi bersama sekutunya yang disokong Amerika Syarikat, serta tindakan Iran membekalkan sokongan senjata kepada pejuang Houti, pada hakikatnya menjadikan bumi Yaman sebagai medan pertempuran antara mazhab.

Cuma ia hampir tiga penjuru. Majoriti Yaman bermazhab Sunni, pemberontak Houti bermazhab Syiah, manakala Arab Saudi bermazhab Wahabi.

Krisis ini satu realiti yang mengecamukkan Islam sebagai agama yang yang berbunuh-bunuhan kerana masalah mazhab.

Isu pembunuhan antara mazhab mula dikaitkan dalam perang Syria bermula Oktober 2012.

Ketika rakyat bangkit meneruskan Arab Spring di Damsyik, dan kemudian bertukar menjadi perang saudara, aliran perang yang bermula dengan usaha menjatuhkan Presiden Bashar Assad berubah menjadi pertempuran mazhab.

Majoriti rakyat Syria bermazhab Sunni, tetapi Bashar bermazhab Syiah. Bashar menerima sokongan Iran bagi menangani campur tangan AS yang menyokong pejuang Sunni.

Manakala, pada satu peringkat, Daesh dikaitkan sebagai gerakan Salafi yang mendokong fahaman Wahabi. Selepas lima tahun, lebih 500 ribu nyawa terkorban di Syria.

Lebih lima juta rakyatnya bahkanmenjadi pelarian. Satu angka kemusnahan nyawa dan krisis kemanusiaan yang teruk bagi negara yang berpenduduk 24 juta orang.

Arab Spring bermula di Tunisia dan Algeria berakhir dalam tempoh singkat. Manakala, di Mesir mencetuskan keadaan tidak stabil hinggalah kerajaan demokrasi kembali berubah dan menjadi kerajaan tentera pimpinan Jeneral Mohamad Al Sisi.

Di Libya, walaupun Muaamar Gadaffi dijatuhkan, bahkan dibunuh, namun perang saudara berterusan hingga sekarang.

Namun di Asia Barat, terutama di Syria dan kini di Yaman, bumi yang mempunyai sejarah kenabian mencetuskan susuk krisis yang berbeza. Ia bukan lagi perang menentang diktator.

Kedua-dua negara itu, kini bertukar menjadi padang penyembelihan sesama Islam. Malah, dibangga-banggakan sebagai perang mazhab.

Selain angka kematian akibat dibunuh secara langsung melalui peperangan, perang mazhab turut mendedahkan sejuta nyawa rakyat Yaman dalam krisis pembunuhan diam akibat wabak taun.

Menurut Palang Merah Antarabangsa, setakat ini 670 ribu sudah disahkan dijangkiti wabak taun. Angka mangsa dijangka meningkat pada 850 ribu orang. Malah, mungkin sejuta orang menjelang akhir tahun ini.

Perang Yaman, sebuah negara mundur, telah mencetuskan krisis bekalan air bersih di bandar Sanaa. Pengeboman tanpa henti oleh Tentera Pakatan diketuai Arab Saudi memusnah sistem kehidupan di bandar itu.

Manakala penduduk yang dijangkiti wabak taun tidak menerima akses perubatan. Selain lebih 10 ribu nyawa terkorban dalam perang, hingga kini 2065 mangsa disahkan maut akibat taun.

Kalau krisis ini bukan lagi perang saudara, mahukah umat Islam menerima hakikat: Semua ini akibat perang mazhab? – MYNEWSHUB.CC

Tags: mazhabperangumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd