• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tunai Janji, Trump Desak Isu Rohingya Diselesai

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengeluarkan kenyataan keras berhubung keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar setelah diberi gambaran sebenar situasi krisis berkenaan oleh Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berjaya membangkitkan kesedaran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung krisis itu.

“Apabila saya perjelaskan kepada Trump tentang apa yang berlaku dan implikasinya, beliau telah mengarahkan supaya dikeluarkan satu kenyataan supaya keganasan terhadap Rohingya dhentikan,” kata Najib kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya dari 11 hingga 13 September.

Menurutnya, Trump juga telah mengarahkan pegawai-pegawainya mengkaji bentuk bantuan kemanusiaan yang boleh disalurkan kepada mangsa keganasan itu.

Perdana menteri berkata AS tidak mungkin akan bertindak sedemikian tanpa Malaysia membawa isu itu kepada perhatian Presiden Trump dalam pertemuannya dengan pemimpin Amerika Syarikat di Rumah Putih pada Selasa.

“Sebelum ini saya tidak fikir kenyataan seperti itu akan dikeluarkan tanpa sumbangan (input) dari Malaysia dalam pertemuan tersebut untuk membawa isu ini ke tengah seperti mana janji saya kepada rakyat Malaysia.

“Jadi saya telah tunaikan janji untuk bawa isu ini kepada Presiden Trump,” kata Najib.

Sebelum bertolak ke Amerika Syarikat, perdana menteri ada berjanji untuk membangkitkan isu penindasan terhadap masyarakat Islam Rohingya ke pengetahuan pemimpin negara kuasa besar itu.

Selepas pertemuan kedua-dua pemimpin di Rumah Putih, Washington dan Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bersama mendesak supaya keganasan terhadap masyarakat Rohingya dihentikan.

Lebih 379,000 etnik Rohingya dilapor melarikan diri dari wilayah Rakhine di Myanmar ke Bangladesh sejak 25 Ogos lepas.

Kata Najib, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan serta menggunakan pengaruh melalui badan-badan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperjuangkan nasib penduduk Rohingya.

Ditanya mengenai kerjasama ASEAN dalam isu itu, Najib berkata ia adalah isu kemanusiaan yang sememangnya menjadi prinsip yang dipegang oleh pertubuhan negara serantau itu.

“Apa yang berlaku tidak dapat diterima sama sekali. Kita tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain tetapi (krisis ini) memberi kesan kepada imej dan keselamatan negara ASEAN yang lain. Justeru, kita bertanggungjawab untuk memberikan pendapat,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kedengaran dalam ucapan barisan pemimpin Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd