• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.2 Juta Wang Ihsan Untuk 4,553 Mangsa Banjir

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan wang ihsan sebanyak RM2.2 juta untuk diagihkan kepada 4,553 mangsa banjir di jajahan Pasir Mas yang berlaku pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata setiap ketua keluarga akan menerima sebanyak RM500 seorang bagi meringankan beban akibat bencana alam itu.

Beliau berkata pemberian wang ihsan berkenaan dilakukan dalam tiga fasa yang mana fasa pertama hari ini menyaksikan 653 ketua keluarga menerima pemberian berjumlah RM326,500.

“Fasa kedua dan ketiga tarikhnya akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang ihsan berkenaan di Kolej Vokasional Pasir Mas di sini.

Hanafi juga berkata rakyat perlu bersyukur dengan adanya agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sentiasa melaksanakan tugasan dengan baik ketika berlakunya bencana.

Beliau berkata pemberian wang ihsan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap nasib penduduk di kawasan yang ditimpa bencana alam.

“Sebagai wakil kepada setiap warga Pasir Mas, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan masalah rakyat di sini,” katanya sambil berharap wang ihsan itu dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka.

Beliau berkata rakyat seharusnya pandai menilai dan bersyukur dengan kerajaan yang ada sekarang yang begitu peka dengan setiap permasalahan rakyat. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd