• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dalam Talian Digalak Dapatkan Sijil SSM Biztrust

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggalakkan syarikat perniagaan dalam talian mendapatkan pensijilan digital SSM BizTrust untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk jualan mereka.

Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran SSM, Farid Ahmad berkata sejak​​​​​​​dilancarkan 21 Julai lepas, hanya 81 syarikat daripada lebih 57,000 syarikat perniagaan dalam talian telah berdaftar dan memperolehi sijil tersebut.

Beliau berkata, pendaftaran secara percuma masih dibuka sehingga 30 Sept ini dan pihaknya berharap peniaga mengambil peluang berbuat demikian untuk mendapatkan sijil berkenaan.

“Selepas 30 Sept, setiap pendaftaran akan dikenakan bayaran tertentu mengikut kategori yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Persidangan Usahawan E-Dagang yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan di sini.

Farid berkata, SSM BizTrust merupakan piawaian untuk entiti perniagaan dalam talian meningkatkan tahap keyakinan pengguna terhadap produk jualan mereka.

“Syarikat yang telah didaftarkan akan dikenali melalui logo pengenalan SSM BizTrust yang dipaparkan di laman web mereka.

“Pengguna akan lebih yakin untuk membeli barangan di laman web yang berdaftar sebab jika timbul apa-apa masalah mengenai transaksi barangan yang dibeli, pengguna boleh membuat aduan kepada SSM dan pihak kami akan dapat mengesan syarikat tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farid berkata SSM bekerjasama dengan beberapa penyedia perkhidmatan e-dagang bagi memberi perlindungan kepada pengguna.

“Kita sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lazada Malaysia…peniaga yang hendak menjual barangan melalui portal Lazada mesti mendaftar dengan SSM supaya hak pengguna​​​​​​​dilindungi dan lebih terjamin.

“Jika ada apa-apa masalah yang timbul daripada transaksi yang dijalankan, kita tahu siapa yang kita nak cari sebab kita ada maklumat terperinci peniaga, dan sekarang ini kita juga dalam perbincangan dengan beberapa ‘market place’ yang lain untuk menjalinkan kerjasama yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Farid AhmadSSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd