• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Sedia Laksana Misi Kemanusian Bantu Rohingya

oleh Ahmad Albab
13/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Panglima TUDM Tan Sri Affendi Buang berkata pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanakan arahan penghantaran bekalan sekali lagi, jika diminta kerajaan.

“(Sabtu lepas) telah dilaksanakan misi kemanusiaan pertama, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.

“Kami akan pilih antara dua aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.

Pada 9 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Misi Kemanusiaan – Negaraku Prihatin, menggunakan dua pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh.

Berhubung Karnival Sukan 1 Keluarga itu, Affendi berkata acara itu diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama antara warga TUDM dan ahli Badan Amal Kebajikan (Bakat) Udara.

Menurutnya kemuncak sambutan itu adalah pada 18 Nov di Pangkalan Udara TUDM Subang, yang menyaksikan pelbagai acara sukan dipertandingkan antaranya futsal, golf dan badminton.

“Kami jangka 15,000 warga TUDM akan datang untuk memeriahkan lagi acara kemuncak karnival ini,” kata Affendi.

Turut hadir pada pelancaran karnival sukan itu ialah Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah. – BERNAMA

Tags: RohingyaTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd