• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Ke Atas Korea Utara “Langkah Kecil”

oleh Ahmad Albab
13/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan sekatan baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara hanya satu “langkah sangat kecil”, lapor agensi berita China Xinhua.

“Pihak kami rasa ia hanya satu lagi langkah sangat kecil, bukan perkara besar. Saya tidak tahu jika ia mampu memberikan apa-apa kesan,” kata Trump pada Selasa sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Trump lagi, sekatan baharu itu tidak mempunyai sebarang makna berbanding apa yang akan berlaku nanti.

Majlis Keselamatan PBB pada Isnin sebulat suara menerima pakai resolusi untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara kerana melanggar resolusi sebelum ini dan melancarkan ujian nuklear pada 3 September lepas.

Ini adalah kali kelapan PBB bertindak mengenakan sekatan terhadap Pyongyang, sejak negara itu melancarkan ujian peluru berpandu pada 2006.

Di bawah sekatan baharu itu, Korea Utara berdepan import minyak yang dihadkan, pengharaman eksport tekstil bernilai AS$800 juta dan 93,000 pekerja Korea Utara di luar negara dilarang melakukan transaksi kiriman wang. – BERNAMA

Tags: Korea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd