• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Laporan Polis Terhadap Siti Kassim & David Orok

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dewan Pemuda PAS dan beberapa wakil PAS kawasan hari ini membuat tujuh laporan polis terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim dan seorang pemimpin Parti Reformasi Sabah (STAR), David Orok kerana menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan jelik tentang ibadah korban.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Mohamad Hazmi Dibok berkata laporan dibuat oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pagi tadi disusuli dengan tindakan yang sama oleh PAS kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau di IPD Kuantan.

“Pada 1 dan 10 September lalu, Siti Zabedah menerusi akaun Facebook dipercayai miliknya telah memuat naik satu kenyataan yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.

“Malah pada 5 September lalu, juga satu lagi status yang mengelirukan turut dimuat naik oleh David yang jelas menghina Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di sini hari ini.

Katanya status itu adalah satu penyelewangan fakta kerana menafikan perintah Allah dan perbuatan ini merupakan tindakan melampau yang boleh menyinggung serta membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini.

Mohamad Hazmi berkata kenyataan itu juga boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabar Yang di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia.

Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. – BERNAMA

Tags: PASPresiden IOC Thomas Bach
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd