• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghormatan Akhir Kepada Almarhum Sultan Kedah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Istiadat penghormatan terakhir untuk orang awam itu bermula pada 11 pagi hingga 12.30 tengah hari diikuti golongan kenamaan pada 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Mohd Kamal Che Lah, 35, berkata dia datang ke istana sejam awal kerana bimbang terlepas peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum baginda.

“Saya sedih bila mendapat tahu berita kemangkatan Almarhum baginda. Sebagai anak jati Kedah, saya tidak mahu terlepas untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah yang telah memerintah negeri selama 59 tahun,” katanya.

Sementara itu, pesara guru, Tei Siew Kee, 62, berkata dia datang untuk melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum baginda yang juga merupakan penaung Persatuan St John Negeri Kedah.

“Saya pernah duduk makan semeja dengan Almarhum baginda kerana saya merupakan bendahari persatuan. Kenangan itu memang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Saya sedih dan menangis apabila mendapat tahu mengenai kemangkatan Almarhum baginda, jadi saya datang untuk ucap selamat tinggal sebagai penghormatan kepadanya,” kata Tei.

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat semalam pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada 2.30 petang, di Istana Anak Bukit. – BERNAMA

Tags: kemangkatan Sultan KedahRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd